
BATCH FEBRUARY 2012
| |||
RB11
|
COKE AND SUNDAE
|
RM14/RM18
|
AVAILABLE
|
RB16
|
SUKA SAYA, YA? SUKA SAYA, TIDAK?
|
15/19
|
RESERVED
|
RB20
|
JENDELA HATI- like new. xbace juz koleksi.
|
RM12/RM14
|
AVAILABLE
|
RB21
|
ATAS NAMA CINTA- buku baru. xpenah bace. terbeli.
|
RM19/21
|
AVAILABLE
|
RB11
COKE AND SUNDAE by ILLYA ABDULLAH (KN)
SOLD
HARGA ASAL : RM18.00
HARGA KAMI : RM13
****novel yang santai. menghiburkan. buat ima gelak aje.hehe
Boleh ke Coke dan sundae bercampur? Apa rasanya ye? Sedap ke? Boleh telan ke? Itulah yang terjadi apabila Azyan bertemu dengan Syakir.
Mereka berdua tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bersua, pasti mereka akan berperang mulut. Cuma tak angkat senapang aje.
Azyan mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan hatinya, The Rock. Sementelah dia merupakan juara tae kwan do peringkat sekolah dan daerah. Tambahan pula, dengan didikan ala-ala tentera daripada ayahnya, Mejar Idris, Azyan merupakan seorang gadis yang tough dan maskulin. Tentulah dia mahukan seorang pria yang gagah perkasa, laksana pahlawan zaman dahulukala. Azyan dalam diam-diam menaruh hati terhadap Haziq, sepupu musuhnya, Syakir. Dia pernah melayangkan surat cinta buat Haziq tetapi tersalah ‘landing’ kepada Syakir pula. Dan itulah modal utama yang Syakir gunakan untuk memaksa Azyan menyertai kelab teaternya.
Syakir telah lama jatuh hati pada Azyan. Malangnya dia bukanlah mat jiwang karat. Dia sendiri geli untuk mengucapkan perkataan ‘I love you’ mahupun ‘sayang’ kepada Azyan. Satu sahaja caranya menarik perhatian Azyan: melalui kata-katanya yang pedas lagi berbisa.
Yang Azyan pula, slow nauzubillah! Dah banyak kali Syakir bagi hint, dia langsung tak perasan. Sedangkan semua orang tahu yang Syakir ada hati pada Azyan.
Bila agaknya Azyan yang gemarkan air Coke boleh ngam dengan Syakir yang sukakan aiskrim sundae?
Sebuah kisah cinta kelakar yang rugi jika tidak dimiliki!
==================================================================
RB12
CINTA DATANG LAGI by BIKASH NUR IDRIS
SOLD
HARGA ASAL : RM17
HARGA KAMI : RM14
****best!!
Saudara Fariz Daniel Aziz Ng
Anda dijemput untuk menghadiri pertemuan pelajar-pelajar Tingkatan 6 Sastera 4’ 96.
Tempat: Dewan SMSB
Tarikh: 30hb Mac 2002
Jam: 8.30 malam
Kedatangan anda amatlah diharapkan.
KAD kecil itu, yang menjadi tatapan mata Shereen, Fariz capai apabila dihulurkan gadis manis itu kepadanya. Sudah cukup puas menatap, mungkin. Fariz mengerling sekilas pada kad tersebut sebelum meletaknya ke atas meja kecil yang dimuatkan di ruang tamu rumahnya.
“So, you’re going?” tanya Shereen, yang duduk di samping jejaka pujaannya.
“If you’re coming with me…” Fariz tayang senyum. Killer smile.
“Tentulah I nak. Mmm, ceritalah kat I… tentang SMSB ni. Tentang you di sekolah dulu…” Shereen memaut jemari tangan Fariz lalu manja melentok kepala ke bahu pemuda kesayangannya itu.
Perkara pertama yang menerjah benaknya adalah raut manis itu. Si manis Ria Qistina, di balik perwatakan tomboinya. Adakah Qistina masih begitu, sesudah sekian lama waktu menginjak? Atau sudah berubahkah gadis itu?
Pengakuan tulusnya, dia mahu mengikuti re-union itu kerana berharap akan ada peluang untuk bertemu muka semula dengan si manis itu. Bukan mahu menjerat cinta yang tidak kesampaian atau menghampar rindu yang ada mukimnya. Sebaliknya, mahu menjemput mata, menyentuh raut yang memegang cinta pertamanya. Mencari peluang untuk menerima maaf dan paling kurang, diberi ruang menjadi teman.
Biarlah walau teman tanpa mesra. Asal saja dia diterima Qistina, sebagai rakan sekolah. Itu sudah mengurangkan pasungan beban pada bahunya.
“Honey… tell me…”
Rengekan manja Shereen serta goncangan lembut pada tubuhnya, membawa Fariz pulang. Tiada lagi tarian wajah Qistina yang berambut pendek. Menerpa raut manis Shereen, gadis yang berjaya mengikat mata dan hatinya selepas Qistina. Ada sesuatu pada Shereen yang mengingatkannya kepada Qistina dan sesuatu itulah yang mendorongnya untuk lebih mengenali Shereen. Sudahnya, hati tergoda, cinta tercuri.
Biarpun Shereen dan dia berlainan bangsa dan agama, hati tidak pernah sedar, sayang tidak pernah tahu. Mereka boleh menerima perbezaan itu, yang menyatukan mereka sebagai satu. Bahkan, bukankah Shereen sendiri sudah lebih daripada sedia mendalami ilmu agama? Dan kini, Shereen berada di rumahnya pun kerana sedang menunggu kedatangan Ustaz Rahman, guru agama Shereen.
“Mmm…” Fariz memulakan kata. “SMSB. Sekolah Menengah Sultan Badlishah. I model… dan I buaya. Satu sekolah kenal I sebagai player dan I tak pernah kisah. Sebab itu memang I.”
“You memang player sampai sekarang… but my player!” Shereen sentuh hujung hidung Fariz dan lelaki itu mengaut jemarinya, berpura mahu menggigit.
Shereen menjerit kecil dan manja, mahu melarikan diri namun langkahnya mati apabila tiba-tiba sahaja mata memasung pintu gelangsar yang terbuka luas di hadapannya. Susuk tubuh seorang lelaki itulah yang mematikan kaki. Asing.
Fariz berdiri di samping Shereen, berkerut dahi. “Ya?”
“Mmm, saya ganti Ustaz Rahman hari ni. Dia tak sihat. Saya anak dia, Ruzairy…” Ruzairy panjangkan tangan ke arah Fariz bersama senyum tipis.
Fariz mencapai huluran itu. Namun kerut halus pada dahi tidak hilang, mata pula tidak lepas menyapa batang tubuh yang sama tinggi dengannya itu. Cuma binaan badan lelaki ini lebih sasa. Bukan itu yang buat dia tayang muka pelik, sebaliknya lelaki di hadapannya ini.
Rambutnya panjang dengan jean lusuh yang sudah ada kesan koyak pada lutut dan bahagian paha. Biar betul anak ustaz!
“Awak siapa?”
Suara yang menegur itu membuatkan Fariz, Ruzairy dan Shereen sama-sama berpaling. Bulat mata melihat Neesa berdiri dengan selamba, menyuap kepingan piza ke mulut sambil mengunyah. Paling terkejut adalah Sheeren, yang langsung tidak perasan bila tubuh itu ada di sebelahnya.
“Tak baik makan sambil berdiri,” kata Ruzairy.
Ah, pemuda ini sedang mencari peluang untuk jadi musuh tradisi Neesa. Dia diam, tidak menegur. Menunggu balasan daripada Neesa.
Neesa buat muka selamba, mendekati para yang memuatkan koleksi pasu mama tidak jauh daripada mereka lalu kembali dengan ‘satu’ gumpalan di tangan. Disua kepada Ruzairy, tanpa rasa hati. Hati kering.
Kehairanan, Ruzairy tetap tadahkan telapak tangan. Jatuh kepingan syiling dan beberapa not kertas ke atasnya.
“Selalu kalau ada orang datang minta derma, mama ambil kat situ. Itu aje yang ada. Kut cukup tampal seluar tu… tampallah. Tutup sikit aurat tu…” Sambil makan piza, Neesa berlalu ke ruang dapur.
Datang tanpa jemputan, pergi tanpa pamitan.
Fariz tayang gigi.
Shereen ketawa kecil.
Ruzairy terbelalak mata.
FARIZ senyum tipis melihat Erwann duduk menopang dagu di meja yang diisi empat batang tubuh kini; dia, Erwann, Azan dan Midi. Midi sejak tadi tayang muka sebek. Namun, yang lebih melucukan adalah raut Erwann. Rupa patah hati sungguh bila ditinggalkan Qistina begitu sahaja.
Sejujurnya, dia sangat terpanar melihat langkah panjang Qistina ke dalam dewan sekolah itu. Hilang sudah sifat tomboi gadis itu, menyerlah pula bahagian feminin yang selama ini dikuburkan gadis itu. Dan, yang lebih mengejutkan, gadis itu datang bersama seorang lelaki kacak yang hidup-hidup disangkanya lelaki Inggeris. Rupanya Inggeris celup.
Dia gembira berada di sini, di kalangan teman-teman satu kelas dengannya. Hilang sudah wajah comot atau paras nakal lewat tahun-tahun persekolahan. Bukan sahaja Qistina yang berbeza rupa (tapi dialah yang paling drastik), boleh dikata kesemua mereka sudah punya anjakan. Sofiskated, bergaya, ada karisma. Itulah lontaran yang menerpa matanya.
Malahan, hubungan yang pernah hambar dan berliku kala masih di sekolah dulu, sudah boleh ditolak ke tepi. Kalau tidak, masakan dia boleh duduk semeja dengan Midi dan Azan begini (Erwann tak termasuk sebab bukan budak SMSB pun, tukang tumpang saja). Kalau Midi, mungkin dia boleh percaya lagi. Kerana tidak pernah ada perang antara mereka.
Tegang uratnya dulu hanyalah bila bersua wajah dengan Azan, pengawal peribadi Qistina, yang kadang dirasakan keterlaluan. Sehingga kini, dia masih diasak soalan; Mungkinkah Azan pernah jatuh sayang ke atas Qistina sesudah sekian lama berkawan?
Memanglah mereka baik berempat—Four Musketeers SMSB, namun Midi dan Anim selalu saja berkepit berdua, meninggalkan ruang untuk Azan dan Qistina bersama. Mungkinkah ruang itu pernah mencuri masuk ke dalam hati Azan, menjemput cinta? Atau paling tidak, sayang yang lebih daripada kawan?
Ah… dia takkan boleh punya jawapan melainkan kalau dia ringankan mulut, menyoal Azan sendiri. Dan, dia lebih rela memberatkannya. Dia tahu dia sudah boleh berbual dan duduk semeja dengan Azan, bermesra dalam erti kata kenalan, namun tidaklah sampai soal hal dalam kain. Dia masih sayang pada wajahnya yang masih menyumbang rezeki buatnya.
Jadi, dia biarkan sahaja hal hati Azan, dalam kain baju lelaki itu.
Lagipun, dia masih terlalu suka untuk tempah maut. Suka kerana Qistina sudi bertegur sapa dengannya. Suka kerana Qistina sanggup tolak tepi hal yang pernah berlaku di antara mereka. Walaupun Qistina tidak mesra, tidak tersengih lebar kepadanya waktu menutur kata itu, namun dia sudah boleh panjat rasa syukur.
Qistina mungkin sudah banyak berubah dari segi penampilan namun tidak personaliti. Masih yang sama, tetap yang serupa. Kedinginan itu masih ada. Kekerasan itu tetap ada. Walau apa pun… dia tetap bersyukur atas penerimaan Qistina, yang mungkin belum menyeluruh. Paling tidak dia sudah boleh rasa lega.
Fariz tunakkan mata ke ruang dewan sekolah yang pernah mereka huni dulu. Sekolah Menangah Sultan Badlishah, tempat mereka menghimpun ilmu serta momen indah. Ilmu yang mereka bawa bersama tangga kerjaya serta momen indah yang mereka ungkaikan semula di dewan ini, pada malam ini.
Momen itu, serta ilmu itu—sama-sama menjadi topik perbualan untuk lebih mengeratkan hubungan yang sudah longgar sesudah sekian lama tidak ketemu.
Matanya membelingas ke seluruh ruang dewan itu. Kalau dilihat, dah nampak macam ruang tari-menari. Bergantungan belon berwarna-warni serta hiasan simple yang cukup menarik. Lampu neon pula menghantar cahaya ke ruang dewan. Meja-meja bulat yang mampu memuatkan lima batang tubuh disusun kemas dengan padanan warna merah putih.
Sungguh mengasyikkan, sebagaimana lagu sentimental yang berkumandang. Tinggal tak ada batang tubuh menari sahaja, kerana kebanyakannya sudah penat menari. Sudah lebih dua jam waktu menghilang, namun masih ada tubuh-tubuh di dalam ruang dewan itu. Masih belum puas bercanda dan berkongsi cerita.
Matanya terus melengas, mencari lampai tubuh si hitam manis. Oh, bukan Qistina. Sebab seketika tadi, secara tiba-tiba sahaja Qistina mengajak Anim pulang (masih kelat wajah Midi) lalu meninggalkan Erwann terkontang-kanting di ruang asing ini (masih wajah pungguk rindukan bulan daripada Erwann). Sebaliknya, matanya cuba menangkap kelampaian letak tubuh Shereen. Namun, belum sempat dia lakukannya, suara Midi mengalih tumpuannya.
“Tiba-tiba aku terfikir…” sebut Midi, membetulkan duduk. Tidak memeluk tubuh atau tayang muka kebajikan.
Erwann, dengan muka masih disokong dagu, membawa wajah ke paras Midi yang sudah mula berkerut. Sebagaimana Fariz, suara itu turut mengumpan tumpuannya.
Azan hanya tenang melihat Midi, menanti bicara seterusnya yang diyakini bakal menyusul. Ingin tahu juga apa yang mahu dibicarakan si muka sebek itu. Dan, ianya tersusul jua.
“Bila lagi kita akan jumpa macam ni? Hampir enam tahun tak jumpa, dah macam-macam perubahan antara kita. Agaknya tambah beberapa tahun lagi macam manalah…?” Midi berkerut dahi.
“Kalau nak tahu, rancanglah perjumpaan lagi sekali,” cadang Azan tak ambil pusing.
Fariz angguk setuju. “Yeah! Aku setuju.”
“Let say… 2007. Mac jugak!” sampuk Erwann.
Tiga pasang mata menyerbu Erwann.
“Kau bukan rakan satu kelas atau satu sekolah dengan kami pun!” kata Midi pelik.
“Hmm, kalau 2007 ada perjumpaan, aku tetap datang sini dengan Qistina, sebagai suami dia.” Erwann senyum luas. Penuh yakin. Hilang sudah muka kena tinggal.
Midi hanya jongket bahu seketika lalu luas saja tayang gigi. “Aku dengan Animlah… mungkin anak dua.”
“Aku tentu sahaja dengan Shereen!” Lebar sengih Fariz.
Fariz, Erwann dan Midi sama-sama renung Azan. Menanti ‘dengannya’.
“Myself and my wife!” Azan mengangkat kening. Okey tak jawapan?
Midi tayang gigi. “Jawapan paling selamat! Fariz dan Erwann pulak… kita tunggu Mac 2007. Betul ke Qistina dan Shereen…”
“Of course, yes!” Daripada Erwann. Sangat pasti.
“Tentulah!” Daripada Fariz. Penuh pasti.
========================================================================
RB20
Jendela hati by Aisya Sofea (ALAF 21)
AVAILABLE
HARGA ASAL : RM14
harga kami : RM12- novel like new. juz koleksi.
334pages
2002
CONDITION: like new*****sgt best! cerita ini saya minat sejak sekolah. so, beli ingat nk wt koleksi last2 mls simpan dah.
Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.
Kepulangan Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya. Benarkah 'ganti tikar' yang berlandaskan 'keterpaksaan' bagaikan embun di hujung rumput; memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini.
===================================================================
RB21
Atas Nama Cinta by Bikash Nur Idris (Fajar Pakeer)
AVAILABLE
Like new..xpernah baca..juz koleksi
Harga Kami; RM19
Harga Asal : RM21
Halaman : 689
'Cinta ibarat berlianyang mempunyai benih faset. Jernih atau kabur cahayanya bergantung kepada penggosoknya.'
Genelia hanya mahu jauh daripada keluarga, demi cinta. Hafidz hanya mahu menjauh daripada curiga, demi sahabat. Lalu mereka lalukan perkara yg serupa; berbohong. dan, pembohongan itu mencengkam hati mereka lantas dengan nama cinta mereka berikrar, mahu mencipta kenangan demi dibawa bersama. Hanya satu masalah yang timbul: Kenangan akan mengejar lau mereka menjadi tamak, mahu memiliki cinta- sepenuhnya.
================================================================

MARCH/APRIL 2012
| |||
RB22
|
2X5 BY AREILA SAHIMI
|
RM 16/19
|
RESERVED
|
RB24
|
SEMARAK CINTA BY HIJRATUL AKISYA
|
RM 18/20
|
RESERVED
|
RB25
|
KELAT-KELAT SAYANG BY IZZUL IZZATI
|
RM 22/24.90
|
AVAILABLE
|
RB26
|
CINTA TIADA AKHIRNYA BY FAUZIAH
|
RM 19/22.90
|
RESERVED
|
RB28
|
RIA QISTINA BY BIKASH
|
RM 11/15
|
AVAILABLE
|
RB32
|
JENDELA HATI (cover lama)
|
RM10/14
|
AVAILABLE
|
RB33
|
KASIH YANG SUCI
|
RM16/19.90
|
RESERVED
|
RB34
|
7HARI MENCINTAIKU
|
RM27/RM32.90
|
RESERVED
|
RB35
|
CINTA TIADA AKHIRNYA & DURI
|
RM22
|
AVAILABLE
|
RB36
|
OMBAK RINDU
|
RM16
|
RESERVED
|
2X5 by AREILA SAHIMI (KN)
AVAILABLE
HARGA KAMI : RM16
HARGA ASAL : RM19
****kelakar la mereka berdua ni.he2.tapi akhirny bahagia jua.
Nur Syakirin Abdul Majid terpaksa berkahwin dengan jiran hadapan rumahnya di kampung atas desakan abahnya. Ahmad Zaim pula terpaksa akur dengan kehendak orang tuanya yang meminta perkahwinan yang terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir diteruskan dengan berkahwin dengan Kirin.
Kirin dan Zaim adalah teman sepermainan sejak zaman kanak-kanak lagi. Tetapi hubungan mereka renggang apabila Zaim menjalinkan hubungan dengan Sofea, kekasih yang meninggalkannya pada saat-saat akhir mereka akan diijabkabulkan. Zaim berkelulusan luar negara manakala Kirin yang hanya berkelulusan SPM diijabkabulkan dalam suasana yang cukup meriah dan besar-besaran.
Namun begitu, kehidupan pasangan ini tidak seperti pasangan pengantin baru kerana Zaim masih tidak dapat melupakan Sofea. Mereka tinggal serumah tetapi tidur berasingan bilik. Kemunculan semula Sofea telah memberi impak sehingga hampir melumpuhkan mahligai yang terbina di antara Zaim dan Syakirin. Kemesraan yang terjalin antara Sofea dan Zaim menimbulkan rasa curiga di hati Kirin. Keegoaan dan keras kepala Zaim dan Syakirin menyebabkan rumah tangga mereka kucar-kacir.
Kehadiran Johan dan kemesraan Kirin terhadap Johan membuatkan Kirin seperti dua kali lima sahaja dengan Zaim. Mereka masing-masing hidup dalam keegoan tetapi masih mencintai dan menyayangi dalam diam. Walaupun pertengkaran seringkali terjadi, tiada penceraian yang dipinta. Emak, abah, umi, ayah adalah insan yang bertanggungjawab menyatukan mereka. Fiqa, Hairi, Sofea, Johan, Iman dan Naqhiff adalah insan - insan yang mewarnai hidup Kirin dan Zaim dengan bermacam-macam ragam, suka dan duka.
Berjayakah Kirin dan Zaim meninggalkan ego demi cinta mereka? Masing-masing tidak mahu mengalah dan masing- masing dua kali lima sahaja…
========================================================================
RB23
CINTA 3 SUKU by HERNA DIANA (ALAF 21)
SOLD
MUKASURAT : 512
HARGA KAMI : RM15.90
HARGA ASAL: 19.90
*****best!
‘SKETSA Perang’ di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran.
Iman – gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang.
Arie – pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda.
Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.
=====================================================================
RB24
Semarak Cinta by Hijratul Akisya (KN)
AVAILABLE
HARGA KAMI: RM18- novel like new. berbalut. juz koleksi.
HARGA ASAL : RM20
561 pages
cetakan pertama-2012
** Kisah kahwin paksa ini isunya tidak lari jauh dari kisah-kisah tipikal lain dalam genre ini. Tetapi cara Hijratul Akisya berkongsi kisah di kampung yang sulam komedi ringan menjadikan kisah ini membuat kita tersenyum penuh nostalgia. Kita dibawa mengikuti kisah Alia dan Adi Hamidi yang mula mengenal hidup berumahtangga dan mula mengenal hati dan perasaan masing-masing~~
Apalah erti sebuah cinta andai ianya mengundang kecewa yang berpanjgn. Adi Hamidi seorg lelaki yg pernah dikecewakan oleh Azlin wanita yg disayanginya ketika sama-sama menuntut di pusat pengajian tinggi menjadikannya seorg kasanova. Lantas, dia menganggap cinta suci seorg wanita langsung tidak wujud. Teman-teman wanita hanya dijadikan teman bersosial sehinggalah dia digelar "Buaya DArat Terlaris". Kapten Mohamad ayah kepada Adi Hamidi terpaksa masuk campur apabila mengetahui sikap anaknya. Kapten Mohamad membuat keputusan untuk mengatur perkahwinan Adi Hamidi dgn anak rakan baiknya yg telah lama terpisah. Demi menjaga hati dan mendapatkan semula kepercayaan daripada ayah dan keluarganya, Adi Hamidi menerima pernikahan itu.
Atas perkahwinan itu juga ada hati yg terluka, kasih yg disemat di dalam hati bertahun lamanya akhirnya memakan diri sendiri.
Mampukah Nur Alia mengubah sikap suaminya, walau segunung cinta dipertaruhkan dalam melayari alam rumah tangga? atau mungkin dia tertewas oleh perasaan kerana kasihnya yang tidak bertepi.
====================================================================
RB25
KELAT-KELAT SAYANG by IZZUL IZZATI (SR PUBLICATIONS)
AVAILABLE
HARGA KAMI : RM21.90
HARGA ASAL : 24.90
Wajah manis Salina pasti bertukar warna hijau kelat setiap kali bersua muka dengan insan yang bernama Aizam Zafran. Panggilan nama yang tidak tercatat di dalam surat beranak menyemarakkan lagi api kemarahan di jiwa Salina.
"Hai, itik!"
Hampir terlompat Salina mendengar teguran yang terasa dekat sekali di telinganya. Anak mata ditalakan ke arah wajah pemilik yang menegur. Seperti biasa Aizam membuat iklan gigi tidak berbayar di hadapan matanya. Argh! Mahu sahaja dia mencabut satu persatu gigi Aizam. Kemudian dirangkai menjadi rantai itik dan dikalungkan ke leher.
"Semalam tak datang sekolah, itik deman terendam air ke?" Aizam terkekek ketawa."Eii! Anak hantu ni!" Salina menggigit bibir, tanda geram. Pagi-pagi lagi sudah membuat urat sarafnya kembang dan berangin satu badan."Tak baik tau, marah-marah dengan bakal kekasih."Aizam tersengih nakal.
Sekelat-kelat wajah Salina namun tetap manis di mata Aizam dan membangkitkan rasa sayang di hati. Namun sikap Aizam yang menyakitkan hati Salina menenggelamkan perasaan cinta sejati Aizam. Apatah lagi Salina dipertemukan kembali dengan cinta yang terlondeh di tengah jalan sepuluh tahun yang lalu. Rombongan peminangan Aizam membuatkan hidup Salina huru-hara seketika. 3 Misi pendamai perlu dilunaskan segera bagi menyekat kemaraan rombongan Aizam. Persoalan pertama. Berjayakah misi Salina? Berjayakah dia meraih cinta lamanya? Berjayakah Salina menghalang dari jari manisnya di sarungkan cincin oleh emak Aizam? Biarpun begitu perjalanan hidup Salina rupanya tidak semanis angan-angannya. Bercinta dengan A, bertunang dengan B. Mengadap tok kadi dengan C. Umpama menelan ubat, biarpun pahit namun terpaksa ditelan demi meneruskan kehdupan.
Apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya Seumpama buah manggis, biarpun kulitnya rasa pahit dan kelat tetapi isinya tetap manis dan enak di makan.
======================================================================
RB26
CINTA TIADA AKHIRNYA by FAUZIAH ASHARI (intens media)
AVAILABLE
HARGA KAMI : RM18.90
HARGA ASAL : 22.90
MUKA SURAT: 570
Rentetan Perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di Ombak Rindu dipanjangkan lagi di dalam 'Cinta....Tiada Akhirnya.
Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.
Inilah kisah.....CINTA .....TIADA AKHIRNYA, menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya, Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati.
Disulami detik cemas yang pasti mengocak minda, mendebar jiwa, CINTA....TIADA AKHIRNYA, akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.
=======================================================================
RB27
CINTA PERTAMA BY NB
SOLD
Harga ASAL: RM19.90
HARGA KAMI: RM13/ 19.90
Halaman :520
Sinopsis :
Dia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang setia, mana ada perempuan yang suci cintanya. Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.
Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan. Apakah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati... atau memberi ruang pada cinta yang pertama kali mengetuk hati?
Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama... terseksa dalam keindahan?
=====================================================================
RB28
RIA QISTINA by BIKASH NUR IDRIS (ALAF 21)
MUKASURAT : 416
HARGA KAMI : RM10
HARG ASAL : RM15
CONDITION:. 7/10
Cinta sememangnya wujud dalam diri setiap insan. Sesekali akal waras manusia lupa akan hakikat itu. Semuanya kerana dendam, sakit hati dan benci akan kenyataan yang terpaksa dilalui.
Ria Qistina seorang remaja tomboy yang telah kehilangan kasih sayang daripada keluarganya sejak kecil lagi. Pengalaman pahit yang pernah dilalui menghambatnya ke dunia ciptaan sendiri. Dendam membuatkan Qistina membenci cinta dan kasih-sayang seorang lelaki. Baginya, cinta itu pemusnah dan pembunuh kehidupannya. Seboleh mungkin, dia ingin menjauhkan diri dari perasaan itu. Namun, kemunculan Fadzli sekali lagi menambah deritanya. Salahkah seseorang itu andai mengorbankan cinta demi kasih pada ibu tercinta? Wajarkah dia menurut kata hatinya sendiri?
Kehadiran Zarif mengundang kekeliruan dalam diri Qistina. Zarif dengan egonya, Qistina bersama dendamnya terhadap cinta lelaki. Keduanya dipertemukan tanpa dirancang. Mampukah mereka berubah? Apakah Qistina akur dengan hakikat ''''setiap manusia sememangnya dilahirkan dan dianugerahkan dengan perasaan cinta?
======================================================================
RB29
SESUCI CINTA by AINA EMIR
SOLD
MUKA SURAT : 496
HARGA KAMI : RM13
HARGA ASAL : RM17
Nuraina, gadis biasa yang tidak punya apa-apa. Dia pernah terluka dan kerana itu pelarian adalah sat
u cara untuk mengembalikan harga diri yang telah dirobek dan dihina. Walau setinggi mana cintanya pada Armand, dia sedar cinta tanpa harta tidak ke mana.
Bertahun lamanya di rantau orang, jauh dari keluarga tercinta, akhirnya apa yang diimpikan jadi nyata. Kepedihan dan kekecewaan terubat dengan kehadiran Behzad yang dapat menerima dia seadanya.
Namun manusia... sehebat mana pun merancang, tapi TUHAN yang menentukan. Lambaian Istana Al-Hambra membawanya ke Andalusia, Sepanyol. Tanpa terduga, dia bertemu kekasih lamanya, Armand.
Pertemuan yang tidak disangka-sangka itu lantas mengetuk hatinya semula. Dia tahu lelaki yang dikasihi itu tidak pernah bersalah. Dialah yang sebenarnya beralah terlalu mudah. Kini dia keliru! Antara kasih dan kasihan. Antara cinta barunya dengan nostalgia cinta pertamanya.
Cuma manusia sering terlupa, realiti tidak seindah mimpi. Cukupkah dengan lafaz cinta sahaja boleh menjanjikan bahagia? Cukupkah..?
======================================================================
RB30
CUCUR BAWANG & KOPI ‘O” by HASRUDI JAWAWI (PRIMA)
SOLD
HARGA KAMI : RM21
HARGA ASAL : RM 25.90
MUKASURAT : 720
RATING : *******novel ni serius best!
Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata. Bila sudah duduk serumah...
Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata.
Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Namun, egois masing-masing terlalu tinggi melampaui Gunung Everest. Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia.
Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana, isterinya yang mula dicintainya tanpa sedar itu. Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?
====================================================================
RB31
DAN MIMPI PUN BERGUGURAN by LIANA AFIERA MALIK ( creative Ent.)
SOLD
HARGA KAMI: RM22
HARGA ASAL: RM 24.90
serius best.rebutan ramai!
Sinopsis:
Dia buta hukum, Icha hidup terumbang-ambing tanpa pedoman. Dirinya ibarat layang-layang putus tali. Terbang melayang mengikut arab tiupan angin.Pertemuanya dengan Saiful Badar merubah segalanya. Dia dihamburkan dengan kasih sayang. Namun keindahan itu hanya sekelip mata. Ibarat hujan panas!
=================================================================
RB33
KASIH YANG SUCI by MEEN ZULAIKHA (Alaf 21)
HARGA KAMI : RM16
HARGA ASAL : RM19.90
** antara novel yang didramakan...best!
Sinopsis:
Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan?
======================================================================
RB34
7HARI MENCINTAIKU by SITI ROSMIZAH (SR Publications)
AVAILABLE
HARGA KAMI : RM27
HARGA ASAL : RM32.90
MUKA SURAT : 1050
Sinopsis:
"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "
Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.
Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.
Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?
Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma
nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.
======================================================================
RB35
CINTA TIADA AKHIRNYA & DURI by FAUZIAH ASHARI
HARGA KAMI :RM22
HARGA ASAL:
====================================================================
RB36
OMBAK RINDU by FAUZIAH ASHARI
HARGA KAMI : RM16
HRGA ASAL:19.90
MUKA SURAT : 955
IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pakcik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanah air menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
No comments:
Post a Comment