Monday, March 18, 2013

Yumnaa Mandian Herba






APA ITU YUMNAA MANDIAN HERBA?

BEST PRICE : RM40 
POSTAGE RM6 SEM/ RM9 SS

Mandian Lepas Bersalin.


Ibu-ibu yang tidak menjaga pantang selepas bersalin selalunya mengalami sakit sendi dan tulang, lemah badan, sakit urat semasa tua. Herba ini dirumus khas untuk ibu-ibu zaman sekarang yang sibuk untuk mandi, menjaga dan memulihkan kesihatan selepas bersalin atau dalam pantang. Ia menghilangkan bau badan, melancarkan peredaran darah, mengecutkan peranakan, mengetatkan vagina, mengelakkan angin masuk kedalam badan, menegangkan urat-urat kendur dan mencanktikkan kulit. Amalan mandi berterusan setiap hari dalam pantang sehingga 60hari dapat mengelakkan ibu-ibu daripada mengalami sakit perut, sakit sendi tulang semasa tua. Caranya : Air rebusan herba dicampur air biasa dan mandi suam.


Mandian Biasa (Mandian Aura)

Bila usia meningkat, seri wajah mula pudar akibat stress atau tekanan kerja dan pelbagai tekanan lain. Tubuh perlu dibelai dan dimanja semula untuk mengembalikan seri wajah. Herba ini dapat memberikan kesegaran, keharuman dan aromaterapi pada tubuh badan yang kelesuan, memulihkan tenaga kerana stress, membuang angin dalam badan, menyegarkan urat saraf, menghilangkan sengal dan kebas otot, membantu menyembuhkan demam yang berpanjangan. Caranya : Air rebusan herba dicampur air biasa dan mandi suam.


Mandian Sauna (Wap)

Pembersihan terperinci kulit menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin, mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar, mengeluarkan toksik dalam badan seperti aluminium, cadmium, lead dan mercury, mengurangkan kesakitan anggota, melancarkan peredaran darah, meningkatkan sistem imunisasi badan, mengurangkan prostrate bengkak pada lelaki, meningkatkan tahap metabolisma. Caranya : a) Air rebusan herba panas diletakkan dibawah kerusi yg berlubang, duduk atas kerusi dan selingkupkan seluruh badan dengan selimut sehingga berpeluh. b) Bagi yang mempunyai "sauna" dirumah, masukkan 1 uncang herba ke dalam periuk sauna dan bersauna seperti biasa.


Herba Tangas (Wap)

Penjagaan kewanitaan (faraj) adalah perkara yang sangat diambil berat oleh golongan wanita terutamanya yang telah berkahwin. Amalan bertangas biasanya dilakukan oleh ibu dalam pantang khas untuk bahagian sulit untuk mengecutkan semula saluran peranakkan dan rahim, mengetatkan vagina, menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, mencegah kegatalan, membuang toksik dalam badan. Amalan ini juga untuk wanita yang baru lepas haid untuk tujuan yang sama. Caranya : Rebusan herba panas diletakkan dibawah kerusi berlubang. Pakai kain paras dada dan duduk diatas bangku sambil memerangkap was khas di bahagian sulit. Amalkan 30 minit ataupun lebih mengikut kemahuan sendiri.

Rendaman Kaki (Refleksologi)

Refleksologi, kaedah perubatan kuno yang diamalkan di China, India dan Mesir sejak beribu-ribu tahun membuktikan tapak kaki mempunyai titik-titik sentuh berkait rapat dengan anggota badan yang lain. Masalah sakit kepala, sakit sendi, lenguh badan, letih, stress dan sebagainya hanya dirawat melalui tapak kaki. Amalan harian rendaman herba ini bersama air suam sehingga badan berpeluh akan mencegah penyakit dan mengembalikan kesegaran badan setelah penat bekerja. Caranya : Rendamlah kaki dalam air rebusan herba suam (lebih suam lebih baik)

Cara Penggunaannya (Untuk kegunaan luaran sahaja) 


Seuncang herba ini boleh direbus 3-4 kali sehingga ia tidak mengeluarkan bau dan warna lagi ATAU bole juga direbus sekali dalam periuk besar dan disimpan untuk kegunaan pada masa lain dengan hanya memanaskannya. Boleh dicampur ramuan tambahan seperti daun pandan/serai wangi/minyak yang tanpa alkohol untuk aromaterapi. Air rebusan mestilah panas atau suam semasa digunakan. Untuk mandian lepas bersalin dan mandian aura, seeloknya digunakan dengan menjirus air dari bahagian kaki hingga ke atas seterusnya ke seluruh anggota badan termasuk kepala. Pecahkan uncang untuk mengambil serbuknya dan digosok keseluruh badan sebagai lulur/scrub badan untuk membuang daki dan kekotoran badan dan dibilas dengan air bersih. Ramuan herba ini sesuai untuk LELAKI dan PEREMPUAN, TERUNA dan DARA mengikut keperluan serta kegunaan.

No comments: