Product made in Germany, we ordered from Germany or USA cosmetics use by make up artist and mak andam, very longlasting, ALL 100% guaranteed AUTHENTIC AND BRAND NEW!!!! post direct to your door.
THE ART OF BEAUTY - Kryolan products 100% guaranteed AUTHENTIC AND BRAND NEW!!!! How to order? You can :
1)Whatsapp/sms us @ 0139855742.
2) pm : fanpage beauty solehah collections
3)Visit our blogshop http://beautysolehah.blogspot.com/
STEP BY STEP MENGGUNAKAN FOUNDATION KRYOLAN STICK + SUPRA + LOOSE POWDER DANOS
STEP 1 DAN 2
--------------------
STEP 2 FEEZA PAKAI TV PAINT STICK KRYOLAN WARNA HIJAU UTK TUTUP PARUT/ OPEN PORES DAN UNTUK BAGI EFFECT MUKA LEBIH CERAH
STEP 3 HINGGA STEP 5
--------------------------------
STEP 3 FEEZA GUNA STICK KOD FS45
STEP 4 MENGGUNAKAN SUPRA KOD FS38
STEP 5 UTK LAST STEP SAYA PAKAI LOOSE POWDER DANOS KOD 3(KUNING LANGSAT)
LEPASTU SAYA MAKEUP SIKIT2...♥
TARAAA!!!! DAH SIAP...SELAMAT MENCUBA YER..♥
*** Sebenarnya semua foundation ni ikut jugak majlis..klau utk p kerja pkai supra jer dh ok..tapi utk ke majlis2 boleh aply stick dulu sebelum apply supra...**** Supra ni finale touch bg yg x pakai bedak...supra utk bagi effect licin n tinted muka supaya makeup x cair walaupun kena panas terik...............stick ni pulak foundation yg dipakai sebelum pakai supra..dia cover semua cela pada wajah dan menyamaratakan tone muka..supra 5g ...yg stick repack 6g cuma menggunakan bekas 7g sebab bekas ni ada penutup bhg dlm so klau isi penuh nanti melekat kt permukaan tudung tu...so susunan pemakaian camni basuh muka/pakai cream pelembab atau sunblock/stick/supra/loose powder atau bedak..ni yg complete...tapi bg yg nk simple just cuci muka/krim/supra...
SUPRA x sesuai utk kulit berminyak
STICK sesuai utk semua jenis kulit.
PERSAMAAN 3 jenis Bedak Asas iaitu Foundation yang ada dalam koleksi KRYOLAN
Apakah persamaan antara 3 jenis Bedak Asas iaitu Foundation yang ada dalam koleksi KRYOLAN?1. KRYOLAN Ultra Foundation
2. KRYOLAN Supra Color
3. KRYOLAN TV Paint Stick
--------------------------------
Ketiga-tiganya TEBAL
Ketiga-tiganya FULL COVERAGE
Apakah maksud FULL Coverage?
--------------------------------
Maksudnya segala jerawat, jeragat, pigmentasi, scar akan fully covered dan TERSOROK. Memang BEST sangat untuk anda yang ada MASALAH JERAWAT TERUK, Scar, kulit tak rata dan macam-macam lagi.
Sebab itulah ramai yang menggila nak gunakannya.
Sebab itulah ramai Makeup Artis Professional suka gunakan untuk solekan Pengantin.
Dan kini, pengguna biasa sangat suka pakai salah satu daripada 3 foundation tersebut.
TAPI!!!! Ada tapinya...
Dah tahu ia tebal, haruslah pandai jaga kulit muka kan?
Kalau tak jaga.. mulalah ada yang mengadu kulit kusam la, naik jerawat la...
Helloooo.... Kalau anda pakai apa-apa pun selain KRYOLAN kalau tak jaga muka, tidur tak cuci dengan betul, skincare tak pakai ikut RUTIN WAJIB, TAK PERNAH guna scrub, TAK PERNAH guna MASK.... haruslah kulit jadi tak cantik.. kannn?
Sama juga kalau anda tak pakai apa-apa produk dan tak pernah jaga kulit, setakat cuci pakai Daily Cleanser, memanglah muka akan tampil PUCAT LESI, KUSAM dan macam-macam masalah lagi
Saya juga sering kongsikan dengan para pelajar saya sewaktu sesi Personal Coaching beberapa petua serta langkah-langkah terbaik menjaga kulit...
Kepakaran saya adalah dalam bidang Skincare (penjagaan kulit) dan Kecantikan dan saya sering kongsikan cara terbaik untuk menjaga kulit apabila mengenakan sebarang alat solek. Saya juga sering mendidik para pelajar saya untuk memahami kegunaan setiap sesuatu produk yang hendak digunakan
OK, selepas ini saya akan kongsikan ciri-ciri yang terdapat dalam 3 jenis foundation tersebut dan anda boleh mengetahui mana satukah yang sepatutnya anda gunakan
Perbezaan antara 3 jenis Bedak Asas iaitu Foundation yang ada dalam koleksi KRYOLAN
Apakah Perbezaan antara 3 jenis Bedak Asas iaitu Foundation yang ada dalam koleksi KRYOLAN?Saya akan kongsikan maklumat berdasarkan ciri-ciri produk dan kegunaannya
1. KRYOLAN Ultra Foundation Stick
- dalam bentuk stick, sama seperti TV Paint Stick
- TIADA Mineral Oil
- isi kandungannya membantu melembutkan kulit bagi memberikan keselesaan kepada pemakai
- Hasil Sapuan: LEMBUT dan GEBU
- Ia memberikan kesan Natural (ASLI) dan juga Matte (tidak berminyak)
- Sangat cantik bagi yang meminati hasil solekan yang FLAWLESS (Tanpa cela)
- Sangat sangat sangat sesuai untuk KULIT BERMINYAK supaya ia tidak akan tambah berminyak terutamanya bagi anda yang sering berada di tengah panas/cuaca terik
- Bagi anda yang meminati solekan NIPIS dan KEMAS, boleh jadikan Ultra Foundation Stick sebagai pilihan TERBAIK
2. KRYOLAN Supra Color
- dalam bentuk krim yang disimpan dalam bekas bulat yang leper
- isi kandungannya sangat berminyak dan sesuai untuk anda yang mempunyai MASALAH KULIT KERING
- ia sangat cantik digunakan bagi mendapatkan hasil solekan LICIN seperti patung
- para pengguna sedang menggila menggunakan Supra Color kerana hasilnya yang sangat SUPERB HEBAT
- Tips penggunaan: Jika anda mempunyai masalah kulit berminyak, anda masih tetap boleh menggunakan Supra Color dengan SATU Syarat iaitu, sapukan TV Paint Stick sebagai sapuan pertama dan sapuan penutup (ketiga). Supra Color hanya digunakan untuk sapuan kedua sahaja. Ini dapat membantu anda memperolehi hasil solekan yang meletup dan anda masih memperolehi solekan yang FLAWLESS seperti Barbie Doll
3. KRYOLAN TV Paint Stick
- dalam bentuk stick, sama seperti Ultra Foundation Stick
- kandungannya sedikit kering berbanding Ultra
- Ia sangat sesuai digunakan untuk anda yang ada MASALAH Kulit Berminyak dan berjerawat (jerawat timbul ataupun jerawat tenggelam)
- Ia PALING BAGUS digunakan di dalam cuaca yang panas terik, sebab itulah ramai Mekap Artis Professional lebih gemar menggunakannya berbanding produk jenis cecair
- Kualiti solekan yang mampu bertahan lama meskipun terkena hujan dan juga panas terik melampau
- Ciri-cirinya hampir sama dengan Ultra cume perbezaan dari segi tekstur di mana TV Paint Stick mempunyai tekstur yang sedikit kasar
- Oh ya! Anda mesti mahir menggunakannya bagi mendapatkan hasil solekan FLAWLESS
- Cara terbaik adalah menggunakan Span Pink dan juga Stipling brush
------------------------------------------------
PASTIKAN: Selesai sahaja anda menggunakan salah satu daripada ketiga-tiga Bedak Asas di atas, anda hendaklah menutup solekan dengan menggunakan Bedak Debu sahaja.
Di antara soalan-soalan yang sering saya terima daripada para Mekap Artis, pelanggan dan anak murid saya:
"Mana satu lebih elok? Guna bedak debu atau Cake Makeup?"
"Saya tak suka guna bedak debu sebab susah nak simpan, mudah berterabur"
Baiklah, untuk soalan-soalan tersebut, jawapannya tetap sama. Bedak Debu adalah PILIHAN Terbaik bagi mendapatkan hasil solekan yang GEBU dan FLAWLESS.
Namun begitu, anda masih boleh menggunakan Cake Makeup mahupun Bedak Padat (Compact Powder) tetapi jangan kecewa jika anda dapati wajah anda sedikit berkerak atau tampak seperti ada bedak kasar di wajah.
Tips Penggunaan Bedak Debu:
Sapuan pertama hendaklah menggunakan Powder Puff dan BUKANnya Berus.
Mengapa? Anda perlu ingat bahawa Foundation yang anda sapu di wajah ialah dalam bentuk krim. Jika anda terus menggunakan berus, maka ketajaman berus tersebut akan memberi kesan bergaris di wajah sehingga membentuk hasil solekan yang kasar dan tidak kemas.
No comments:
Post a Comment