Friday, September 9, 2011

Tips Memilih Coli Yang Sesuai dan Selesa






TIPS MEMILIH COLI TERBAIK


Hari ini saya nak share tips-tips memilih coli yang terbaik dan sesuai untuk anda. Ada yang menyangka dengan membeli coli yang mahal adalah segalanya, jadi saya harap selepas membaca tips ini kita dapat memahami dengan baik bahawasanya kita tidak perlukan coli yang mahal tetapi pilihan yang tepat.


Sejarah coli telah bermula sejak tahun 1886 apabila Triumph, sebuah syarikat pengeluar coli, telah ditubuhkan di Jerman. Coli pertama di dunai direka oleh Hugo Schindler. Coli seberat 500g itu menyerupai 2 buah mangkuk yang dibuat darpada kasa dawai. Walaupun berat, namun kerana mahu nampak cantik, wanita pada zaman itu sanggup memakainya. Coli pada waktu itu diikat kuat menggunakan kain yang mengelilingi badan wanita. Wanita yang memakainya tidak boleh melakukannya sendiri tetapi memerlukan pertolongan beberapa orang wanita lain. Bagaimanapun, coli yang ada sekarang cuma seberat 30 hingga 50 gram sahaja dan dicipta melalui kaji selidik untuk payudara yang berbeza saiznya.


Sebenarnya, wanita memerlukan coli bagi sokongan dan nampak cantik. Tanpa coli, seseorang wanita akan berasa kurang selesa dan kurang yakin. Namun begitu, masih ramai wanita yang masih tidak mengetahui bagaimana hendak memilih saiz coli yang betul.


Adakah Coli Anda Tidak Sesuai?

Kesan Dari Memakai Coli Yang Tidak Sesuai :
  • Coli terangkat di bahagian belakang.
  • Tanda merah dan kesan tali ketat.
  • Payudara terkeluar dari coli atau terbonjol sedikit di ketiak.
Jika anda sering mengalami kesan berikut, ikuti langkah-langkah seterusnya untuk membantu anda mendapatkan saiz coli yang sesuai :




Langkah 1: UKUR BADAN

  1. Pakai coli semasa mengukur.
  2. Ukur di sekeliling bawah payudara :
  • Jika anda mendapat nombor genap,tambah 4 inci.
  • Jika anda mendapat nombor ganjil, tambah 5 inci.
  • Saiz Coli = Saiz badan + 4" @ 5"


    Kalau Nombor genap, tambahkan 4" (Con: 28" + 4" = 32" [inilah saiz coli anda])


    Kalau Nombor ganjil, tambahkan 5" (Con: 31" + 5" = 36" [inilah saiz coli anda])
Sebagai Contoh : Jika ukuran anda adalah 31", anda perlu tambah 5 inci dan saiz sebenar coli anda ialah 36".








Langkah 2 : UKUR SAIZ MANGKUK
  • Ukur di sekeliling bahagian terdapat payudara.
  • Bandingkan nombor ini dengan saiz coli anda.
  • Jika nombornya sama, bermakna saiz cup anda adalah 'A'
  • Jika perbezaannya 1 inci , bermakna saiz cup anda adalah 'B'
  • Jika perbezaannya 2 inci, bermakna saiz cup anda adalah 'C'
  • Jika perbezaannya 3 inci, bermakna saiz cup anda adalah 'D'
  • Jika perbezaannya 4 inci, bermakna saiz cup anda adalah 'E'
- Ukur bahagian paling penuh payudara kemudian cari beza antara saiz coli (SC) dengan saiz payudara (SP) untuk mendapatkan saiz mangkuk coli


Saiz mangkuk = Beza SP-SC


0 = Cup 'A'
+1" = Cup 'B'
+2" = Cup 'C'
+3" = Cup 'D'
+4" = Cup 'DD'

Ramai yang masih tidak mengetahui bagaimana hendak memilih saiz coli yang betul.

Dapatkan ukuran kemuncak (atas payu dara) dan tolak dengan ukuran badan (bawah payu dara) dan anda akan mendapat saiz coli yang betul.
Dapatkan ukuran kemuncak (atas payu dara) dan tolak dengan ukuran badan (bawah payu dara) dan anda akan mendapat saiz coli yang betul.

"Ramai wanita menganggap bahawa 'cup D' lebih besar dari 'cup C atau B'. Tanggapan ini adalah tidak benar. Sebenarnya saiz 'cup' bergantung pada ukur lilit coli.

Contohnya, jika anda memakai saiz 36D dan ingin menggunakan coli dengan ukur lilit yang lebih kecil, anda memerlukan coli bersaiz 34E (Turun 2 inci saiz ukur lilit, naik satu saiz 'cup').

Begitu juga sekiranya anda ingin mengecilkan saiz 'cup', anda hanya perlu menambah 2 inci saiz ukur lilit dan mengurangkan satu saiz 'cup'.

Pastikan anda menukar ukur lilit atau saiz 'cup' anda hanya jika perlu kerana saiz coli yang salah akan menyebabkan anda berasa kurang selesa sepanjang hari.

Mengetahui saiz ukur lilit coli dan 'cup' yang sesuai cukup penting. Saiz coli yang sempurna akan membantu postur anda, membentuk kemas badan dan meningkatkan keyakinan diri anda!"


Hanim Sahrom
Pakar AVON INTIMATES






Tips Mendapatkan Coli Yang Selesa Dan Sempurna
Klik Pada Gambar.





1. Pastikan bahagian tengah terletak kemas di tengah tulang dada.

2. Dawai coli muat selesa dan mengikut kontur semulajadi payudara.

3. Payudara muat kemas di dalam 'cup'.

4. Coli meliputi payudara, tidak terbonjol atau menekan.

5. Pastikan sayap belakang selari, selesa dan kemas
























LANGKAH PERTAMA : Kenali Bentuk Payudara

Klik Pada Gambar.


LANGKAH KEDUA : Kenali Posisi Payudara


Klik Pada Gambar



Kenali Jenis Coli Yang Sesuai 

Klik Pada Gambar.

Tahukah jenis-jenis coli yang ada. Lihat gambarajah berikut...





No comments: